Malay
Malay | Bahasa Melayu
State Emergency Service (SES - Perkhidmatan Darurat Negeri) ialah pertubuhan sukarela yang dapat membantu anda dalam bencana banjir atau ribut. Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini.
Jika anda menelefon 132 500, sukarelawan SES akan datang ke rumah anda jika mengalami banjir atau kerosakan akibat ribut. Anda juga boleh meminta khidmat jurubahasa. Sukarelawan SES sentiasa memakai uniform berwarna jingga/oren. Mereka berpengalaman melaksanakan tindak balas terhadap darurat banjir dan ribut.
Sila lihat penerangan lanjut di bawah tentang bagaimana keluarga dan rumah anda dapat bersiap sedia untuk menghadapi banjir atau ribut.
Jika tidak faham penerangan ini, mintalah bantuan keluarga, sahabat atau jiran anda.
Pesanan am
Darurat dapat berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa.
Dengan bersiap sedia untuk menghadapi darurat, anda dapat mengurangkan padahnya dan pulih semula dengan cepat selepas bencana.
Kami mahu memastikan semua penduduk Victoria bersiap sedia dan tahu apa yang patut dilakukan sekiranya kawasan berhampiran mereka dilanda ribut atau banjir.
Jika perlukan bantuan jurubahasa untuk penerangan darurat, hubungi Translating and Interpreting Service, nombor 131 450 (panggilan percuma) dan minta mereka menelefon VicEmergency Hotline (1800 226 226).
Jika mengetahui sesiapa yang tidak dapat bercakap dalam bahasa Inggeris, berikan nombor ini kepada mereka.
Sentiasa berwaspada selepas bencana, kerana bahaya mungkin masih wujud.
Mungkin tidak selamat untuk anda kembali ke rumah atau ke tempat kerja.
Dapatkan penerangan terkini – awasi amaran ribut dan banjir melalui talian penting VicEmergency (1800 226 226) atau laman web VicEmergency - https://emergency.vic.gov.au/respond/
Bencana Ribut
Ribut dapat berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Ribut dapat membawa angin kencang, banjir kilat, hujan batu besar-besar dan petir.
Bencana ini dapat mengakibatkan kemusnahan serta membahayakan nyawa.
Jika perlukan bantuan jurubahasa untuk penerangan darurat, hubungi Translating and Interpreting Service, nombor 131 450 (panggilan percuma) dan minta mereka menelefon VicEmergency Hotline (1800 226 226).
Rancangkan apa yang akan dilakukan dan barang yang akan dibawa sekiranya perlu berpindah.
Layari laman VICSES – www.ses.vic.gov.au – tentang bagaimana rumah dan/atau tempat kerja anda dapat bersiap sedia, dan apa yang patut dilakukan semasa ribut